jom ukur kebimbangan dengan general anxiety disorder (GAD 2 & 7)

 INSTRUMENT GAD-2 DAN GAD-7

Instrument atau soal selidik yang digunakan sebagai pendedahan kepada umum melalui kajian ini ialah Generalize anxiety disorder (GAD-7) dan GAD-2. Memamndangkan keadaan kesihatan mental yang kian meruncing dewasa ini, adalah perlu bagi setiap individu sedar tentang tahap kesihatan mental mereka. Menurut laporan semasa berhubung dengan isu kesihatan mental di Malaysia, Isu atau masalah kesihatan mental serta tekanan emosi antara isu kesihatan awam yang menjadi semakin penting terutamanya selepas pandemik COVID-19.

 

Hal ini dibuktikan apabila masalah kesihatan mental menunjukkan trend peningkatan dengan statistik individu yang mendapatkan sokongan menerusi Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) iaitu inisiatif di bawah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkat lima (5) kali ganda bagi tahun 2022 berbanding tahun 2020 (Sumber: Berita Harian, Oktober 10, 2022).

 

Di samping itu, Statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015 mendedahkan satu per tiga rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas berdepan masalah mental. Pada tahun 2019 pula, KKM telah merekodkan sebanyak 2.3% orang dewasa dan 9.5% kanak-kanak berusia 10-15 tahun mengalami masalah mental dan KKM mengunjurkan peratusan tersebut dijangka akan terus meningkat.

Permasalahan kesihatan mental di Malaysia turut dikaitkan dengan tingkah laku bunuh diri di mana terdapat 1,142 kes dilaporkan pada tahun 2021 dan 631 kes dilaporkan pada tahun 2020. Jumlah kes bagi tahun 2021 menunjukkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 81 peratus berbanding tahun 2020 (Sumber: Berita Harian, Oktober 10, 2022). Tingkah laku bunuh diri menunjukkan kadar membimbangkan dan kita belum pasti perangkaan bagi tahun 2022.

 

Lebih dari itu, masalah kesihatan mental kini turut menular kepada golangan kanak-kanak. Seorang daripada 20 orang kanak-kanak berusia 5 hingga 9 tahun di Malaysia kini mengalami gangguan mental. Kini KKM telah merekodkan 424,000 kanak-kanak di Malaysia disahkan mengalami masalah mental. UNICEF turut merekodkan 12.3 % remaja 10-17 tahun yang mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang mengalami masalah kesihatan mental dan cenderung untuk membunuh diri (Sumber: Harian Metro, Mac, 18, 2023). Pada 18 Jun 2022, Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteres menyatakan hampir 1 billion penduduk dunia mengalami masalah mental.

 

Natijahnya, isu kesihatan mental menjadi antara punca utama yang menjejaskan kesejahteraan fizikal dan sosial seseorang individu. Bukan itu sahaja, isu kesihatan mental dan tekanan emosi dalam kalangan rakyat perlu dipandang serius berikutan ia memberi pelbagai kesan buruk kepada negara. Isu kesihatan mental yang kini melibatkan pelbagai lapisan masyarakat merangkumi semua domain iaitu biological, psikologikal, sosial dan spiritual.

 

GENERALIZE ANXIETY DISORDER GAD-2 DAN (GAD-7)

GAD-2 adalah skala yang digunakan untuk mengenalpasti kemungkinan dimana penilaian diagnostic lanjut untuk gangguan kebimbangan umum adalah wajar. Sekiranya kewajaran itu tinggi, maka soal selidik akan diteruskan dengan menjawab GAD-7. GAD-2 mempunyai 2 item dan skala pemarkahan adalah sama dengan GAD-7. GAD-2 mempunyai sensitiviti 86% dan kekhususan 83%. Pada asalnya, pembangunan GAD-7 bermula dengan 13 item berdasarkan kriteria untuk GAD dalam Manual Diagnostik dan Statistik untuk Gangguan Mental, Edisi Keempat (DSM-IV) dan item lain dalam langkah kebimbangan. Item kemudiannya dikaitkan dengan jumlah skor. Tujuh item yang mempunyai korelasi tertinggi dengan jumlah skala 13 item telah dipilih (Spitzer et al., 2006). Tujuh item menilai (1) rasa gementar, cemas, atau gelisah; (2) dapat menghentikan atau mengawal kebimbangan; (3) terlalu bimbang tentang perkara yang berbeza; (4) masalah berehat; (5) resah; (6) menjadi mudah marah atau mudah marah; dan (7) berasa takut seolah-olah sesuatu yang mengerikan mungkin berlaku. Walaupun GAD-7 dibangunkan untuk GAD, ia juga digunakan dalam gangguan kecemasan yang lain.



GENERALIZE ANXIETY  DISORDER  (GAD-2)

Dalam tempoh 2 minggu yang lepas, berapa kerapkali anda terganggu oleh masalah berikut?

0

1

2

3

Tidak pernah sama

sekali

Not at all

Beberapa hari

Several days

Lebih dari seminggu

More than half the

days

Hampir setiap hari

Nearly everyday


 

 

0

1

2

3

1

Rasa gementar, cemas atau gelisah

 

 

 

 

2

Tidak dapat menghentikan atau mengawal kebimbangan

 

 

 

 


Jumlah SKOR : _____________

( Jika SKOR positif GAD 2 adalah 3, pelanggan perlu diberi saringan GAD 7)


Soal Selidik GAD-2 * Cara Pemarkahan untuk Kemurungan dan Panduan

Interpretasi

Pemarkahan

i) Kira Jumlah skor kesemua 2 item/soalan mengikut kotak yang di tanda (√)

ii) Jumlah Skor bagi kesemua 2 item/soalan adalah di antara 0-6

iii) Rujuk jadual di bawah untuk mentafsir skor GAD-2

 

INTERPRETASI SKOR GAD-2

Keputusan ( Risiko Kemurungan )

Jumlah

Skor

Tindakan

Tiada Risiko

0-2

Tiada

Berisiko

3-6

Teruskan dengan Saringan  dan GAD-7


secara umumnya, GAD-2 ini adalah lat ukur yang mengukur kemungkinan untuk individu mengalami kecelaruan kebimbangan.



GENERALIZE ANXIETY  DISORDER  (GAD-7)

Dalam tempoh 2 minggu lepas, berapa kerapkali anda terganggu oleh masalah berikut?

 

0

1

2

3

Tidak pernah sama

sekali

 

Beberapa hari

 

Lebih dari

seminggu

 

Hampir setiap hari

 

 

 

 

0

1

2

3

1

Berasa resah, gelisah atau tegang.

 

 

 

 

 

2

Tidak dapat menghentikan atau mengawal

kebimbangan.

 

 

 

 

 

3

Terlalu bimbang mengenai pelbagai perkara yang

berlainan.

 

 

 

 

 

4

Mempunyai masalah untuk tenang.

 

 

 

 

 

5

Terlalu resah sehingga susah untuk berdiam diri.

 

 

 

 

 

6

Mudah menjadi rimas dan menjengkelkan.

 

 

 

 

 

7

Berasa takut bahawa sesuatu yang buruk akan

terjadi.

.

 

 

 

 

Jumlah SKOR : ______________

( Jumlah SKOR positif dirujuk GAD-7 adalah 8 )



Soal Selidik : ANXIETY DISORDER (GAD-7; MALAY VERSION), Cara

Pemarkahan untuk Kebimbangan dan Panduan Interpretasi

Pemarkahan

i) Kira Jumlah skor kesemua 7 item/soalan mengikut kotak yang di tanda (√)

ii) Jumlah Skor bagi kesemua 7 item/soalan adalah di antara 0-21

iii) Rujuk jadual di bawah untuk mentafsir skor GAD-7

 

INTERPRETASI SKOR GAD-7

Keputusan ( Keterukan

Kemurungan )

Jumlah

Skor

Tindakan

Ringan

0-4

Pendidikan Kesihatan

Sederhana

5-9

8

Rujuk Pegawai Psikologi/Pegawai

Perubatan/FMS untuk TAG

Teruk

10-14

Sangat Teruk

15-21

Interpertasi

Jumlah Skor 4, 9, 14 dan 21 menunjukkan tanda-tanda anxiety (kebimbangan)

ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk

Skor ≥ 8 adalah Jumlah Skor positif dan perlu rujukan

Mana-mana Skor positif PHQ9 dan/atau GAD-7 perlu dirujuk

 

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen atau soal selidik amat penting untuk menunjukkan bahawa soal selidik tersebut sebuah soal selidik yang baik untuk digunakan. Semakin tinggi tahap kesahan dan kebolehpercayaan sesebuah soal selidik atau insturmen, semakin kuat kebolehgunaan data yang diperolehi. Ujian ketekalan dalaman skala GAD-7 menunjukkan alfa cronbach 0.77. kehomogenan dalaman seperti yang ditunjukkan oleh pekali korelasi spearman (r) antara skor item dan keseluruhan skala GAD-7 ialah 0.51–0.72.semua item korelasi adalah signifikan dengan  dengan 15 daripada  21 mempunyai nilai  0.3 atau ke atas. Semua korelasi pekali adalah signifikan (p < .01).

untuk instrument berkaitan tekan dibawah:

PSS-10 DAN DASS21

BDI (11) DAN RADS

TSCS DAN CSEI

PHQ9 DAN JSS


SELAMAT BELAYARRRR....












Comments

Popular posts from this blog

oh mentalku